Pelombong temui berlian merah jambu

Iklan
Berlian merah jambu terbesar ditemui di sebuah lombong di Angola baru-baru ini. - Foto Lucapa Diamond Company Limited

LUANDA - Para pelombong telah menemui berlian berwarna merah jambu yang terbesar pernah ditemui dalam tempoh 300 tahun baru-baru ini.

Berlian seberat 170 karat itu ditemui semasa penggalian dilakukan di lombong Lulo di Angola.

Iklan
Iklan

Ia merupakan tapak yang dikendalikan oleh Australia di wilayah selatan Afrika Tengah.

Saiz sebenar batu itu yang dinamakan Lulo Rose akan didedahkan selepas ia dipotong dan digilap.

Iklan

Ia merupakan satu proses yang kadangkala boleh mengurangkan saiz berlian sebanyak 50 peratus.

Berlian itu berkemungkinan akan dijual kepada pembeli antarabangsa pada harga berpuluh-puluh juta.

Iklan

Rekod dan berlian merah jambu yang menakjubkan itu terus mempamerkan Angola sebagai pemain penting di pentas dunia untuk perlombongan berlian, kata Menteri Sumber Mineral Angola, Diamantino Azevedo. - Agensi