RIYADH - Arab Saudi telah membatalkan skim 'Umrah Hos' atau umrah tuan rumah, lapor media negara tu pada Rabu.
Umrah itu membolehkan warganegara Arab Saudi dan ekspatriat membawa masuk dan menjadi tuan rumah kepada tiga hingga lima jemaah asing untuk menunaikan umrah.
Bercakap kepada akhbar Saudi Gazette, Hisham Bin Saeed iaitu jurucakap Kementerian Haji dan Umrah berkata, projek itu telah dibatalkan dan tidak akan dilaksanakan lagi.