Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Iklan
Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi Khamis. - Foto 123RF

NILAI ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan urus niaga pagi Khamis.

Pada jam 9.24 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4485/4525 berbanding dolar AS daripada penutup hari Rabu pada 4.4570/4590.

Iklan
Iklan

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, ringgit sepatutnya merasa 'selesa' sedikit pada Khamis apabila pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat, Jerome Powell dalam ulasannya dilihat kurang cenderung ke arah menaikkan kadar faedah lagi selepas kenaikan kadar 75 mata asas pada Rabu.

Pada Rabu, Powell disebut sebagai berkata, akan ada satu peringkat yang mana Fed akan mula melambatkan kenaikan kadar faedah untuk menilai impaknya.

Iklan

Innes menyatakan bahawa Fed juga tidak melihat ekonomi AS dalam kemelesetan.

"Saya berpendapat ramai bertaruh untuk keluaran dalam negara kasar AS yang lebih lemah dan ini menyebabkan prospek dolar AS kurang memberangsangkan hari ini," tambahnya.

Iklan

Sementara itu, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2189/2222 daripada penutupan urus niaga Rabu pada 3.2111/2130 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2813/2848 dari 3.2614/2631.

Ringgit juga lebih rendah berbanding euro kepada 4.5366/5407 daripada 4.5207/5228 semalam dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.4085/4133 daripada 5.3783/3807. - Bernama