LZS kesan 100 keluarga terjejas di Gombak

Iklan
Antara 100 keluarga yang terjejas pendapatan mereka menerima kunjungan SJK di sekitar Gombak.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) agensi itu berjaya mengesan lebih 100 keluarga yang terjejas pendapatan mereka di sekitar Gombak.

LZS dalam satu kenyataan memaklumkan, data setiap keluarga yang dikumpulkan kini sedang disemak sebelum bantuan bersesuaian dapat diberikan bagi meringankan beban mereka.

Iklan
Iklan

Menurut agensi itu, program tersebut diadakan sebagai rutin inisiatif LZS daerah Gombak dalam membantu masyarakat yang berdepan masalah dan memerlukan bantuan.

SJK yang terbabit dalam lawatan dari rumah ke rumah sekitar Gombak.
Iklan

"Insya-ALLAH program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang ke kawasan lain,” kata LZS dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, SJK dengan kerjasama Penolong Amil Kariah Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood dan pihak Surau Al-Ehsan Flat Taman Samudera membuat tinjauan dari rumah ke rumah di beberapa kawasan perumahan serta flat sekitar Gombak bagi mengesan keluarga yang memerlukan.