[VIDEO] Mak Wan Latah didakwa ludah pembantu peribadi

Iklan
Mak Wan Latah dihadapkan ke Mahkamah Majistert Taiping pada Khamis atas tuduhan meludah bekas pembantu perubadinya, bulan lalu.

TAIPING - Dramatis tanah air, Mak Wan Latah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan meludah bekas pembantu peribadinya pada bulan lalu.

Mak Wan Latah atau nama sebenar Halimatussa'diah Mohd Daud, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur 'Atiqah Sapari.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai, Batu Kurau dalam daerah Larut Matang kira-kira jam 7 malam, 24 Jun lalu.

Iklan

Mak Wan Latah didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan wang jaminan sebanyak RM5,000 mengambil kira status tertuduh.

Iklan

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili Peguam T Selvadoray dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta wang jaminan dikurangkan.

Menurut Selvadoray, tertuduh merupakan ibu tunggal kepada empat anak berusia antara 25 hingga 30 tahun serta tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 September depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Isu membabitkan pelakon senior itu mula mendapat perhatian umum sejak Jun lalu membabitkan konflik dengan bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Amell.

Bekas pembantu itu mendakwa, Mak Wan telah meludahnya apabila dia bertanyakan satu soalan yang tidak boleh diterima tertuduh.


BERITA SEMASA 28 JULAI 2022

Dramatis tanah air, Mak Wan Latah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada Khamis atas pertuduhan meludah bekas pembantu peribadinya dalam satu kejadian di Batu Kurau, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Mak Wan Latah atau nama sebenar Halimatussa'diah Mohd Daud, 61, didakwa dengan sengaja meludah kepada Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, bertujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Artikel: https://bit.ly/3zCCZep

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

" />