Persediaan Pelancaran Bulan Kebangsaan

Iklan
Sebahagian daripada 11 penari Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) ketika sesi latihan sebagai persediaan bagi Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.

Lima tarian tradisional melibatkan tarian joget yang mewakili kaum Melayu, tarian reben (kaum Cina), tarian klasik kaum India, tarian ngiluk (Sabah) dan tarian ngajat (Sarawak) dengan diiringi lagu Keluarga Malaysia akan menjadi satu

persembahan tarikan pada pelancaran itu. Lebih 10,000 Keluarga Malaysia dijangka hadir pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 yang merupakan satu daripada aktiviti utama bagi menyemarakkan

sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

- Foto Bernama.