Polis trafik cedera dilanggar ketika kawal lalu lintas

Iklan
Gambar dari CCTV, keadaan ketika Aniq dilanggar

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis trafik cedera selepas dilanggar kereta ketika sedang bertugas di persimpangan Jalan Sultan Hishammuddin di sini sekitar jam 8.11 pagi tadi.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, semasa insiden itu kelihatan anggota polis berkenaan sedang memberi laluan kepada kenderaan menuju terus ke Jalan Raja atau belok kanan ke Leboh Pasar.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, secara tiba-tiba, sebuah kereta jenis Mercedes E200 dipandu menghala ke Jalan Raja melanggar anggota trafik tersebut yang berdiri di tengah-tengah persimpangan itu semasa dia mengawal laluan trafik.

Akibat perlanggaran itu, anggota trafik berkenaan sedikit melambung dan jatuh sebelum dia bangun semula dan terus menuju ke tepi jalan.

Iklan

Sejurus insiden, pemandu kereta berkenaan bertindak keluar dari kenderaannya dan menuju ke arah anggota trafik tersebut.

Dalam video berdurasi 45 saaat itu, pengguna jalan raya lain terutama penungggang motosikal dilihat memberhentikan kenderaan mereka dan menuju ke arah anggota tersebut untuk memberi bantuan.

Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, anggota trafik berkenaan, Aniq Mohd Kasim,22, mengalami kecederaan ringan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Pemandu seorang pelajar sebuah universiti swasta berusia 25 tahun tidak cedera dibawa ke balai polis trafik dan akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta Kuala Lumpur jam 10 pagi esok," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara merbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.