'Merokok tidak dianggap kebebasan asasi' - MMA

Iklan
Sinar Harian pada Rabu melaporkan kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion bagi merawat pesakit merokok pada tahun 2020 berbanding kutipan cukai produk tembakau RM3 bilion. Gambar kanan: Dr Koh Kar Chai

SHAH ALAM - Mahkamah telah memutuskan bahawa Persekutuan Perlembagaan tidak menjamin hak warganegara untuk merokok kerana perbuatan itu tidak dianggap sebagai kebebasan asasi.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, orang ramai diingatkan bahawa keutamaan tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM) adalah kesihatan negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, adalah tidak bertanggungjawab jika kerajaan mengabaikan kesan bahaya tembakau rokok, e-rokok dan produk vape terhadap kesihatan rakyat.

"MMA mengambil maklum komen dibuat oleh kumpulan tertentu mengenai hak untuk memilih dan kebebasan peribadi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan; berkenaan dengan rancangan kerajaan melaksanakan generasi penamat (GEG).

Iklan

"Tidak dinafikan bahawa setiap orang adalah sama di bawah undang-undang dan semua mempunyai kebebasan memilih di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Mahkamah pada masa ini bagaimanapun telah memutuskan bahawa Persekutuan Perlembagaan tidak menjamin hak warganegara untuk merokok kerana ia tidak dianggap sebagai kebebasan asasi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Ulas beliau, kumpulan berkenaan perlu melihat gambaran yang lebih besar dan memberikan sokongan penuh untuk GEG kerana semua akan mendapat manfaat jangka masa panjang.

"Kami tahu terdapat banyak bukti tentang bahaya rokok dan kajian baharu muncul mengenai isu kesihatan serius yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik serta vape.

"Penggunaan rokok elektronik yang berlebihan boleh menyebabkan batuk, kesukaran bernafas, sakit dada, loya, keletihan dan dalam beberapa kes keadaan kesihatan ini mungkin memerlukan kemasukan ke hospital,” ujarnya.

Menurutnya, kecederaan paru-paru berkaitan penggunaan rokok elektronik atau produk vape (EVALI) telah menjadi perubatan yang diiktiraf sebagai garis panduan amalan klinikal untuk rawatannya.

"Terdapat keperluan untuk mencegah masalah kesihatan kronik ini. Dianggarkan 20,000 orang di negara ini mati akibat komplikasi berkaitan merokok setiap tahun.

"Dilaporkan bahawa kerajaan dianggarkan akan mengalami kerugian RM273 bilion akibat kematian pramatang komplikasi berkaitan merokok jika tiada tindakan dilakukan untuk menghapuskan tabiat itu dalam kalangan rakyat di negara ini.

"Negara akan mendapat lebih banyak manfaat daripada GEG kerana kita akan menyelamatkan kedua-duanya iaitu nyawa dan wang,” jelasnya.