Warga Karangkraf terima pemeriksaan kesihatan percuma

Iklan
Warga kerja Kumpulan Karangkraf sedang beratur bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma di bangunan Kumpulan Karangkraf pada Khamis.- Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Pantai Hospital Ampang (PHA) menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada warga Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd sempena sambutan Ulang Tahun Sinar Harian ke-16.

Ketua Pegawai Eksekutif PHA, Chong Soon Mei berkata, program itu diadakan bersempena kempen kesihatan jantung yang bertujuan memupuk kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan jantung.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sempena kempen tersebut, PHA akan berada di lokasi berlainan termasuklah pejabat awam dan pusat membeli-belah untuk memberi pemahaman mengenai penjagaan kesihatan.

"Program ini turut memudahkan urusan warga Karangkraf datang dan buat pemeriksaan, dari situ boleh tahu bagaimana tahap kesihatan dan boleh berjumpa doktor untuk rawatan lanjut sekiranya perlu.

Iklan

"Ia supaya mereka tahu dan sedar tentang status kesihatan badan lebih awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

"Ini juga merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pantai Hospital Ampang,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Dalam masa sama, Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub juga sempat meluangkan masa untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma di bangunan Kumpulan Karangkraf.

Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub turut mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma yang ditaja oleh Hospital Pantai di bangunan Kumpulan Karangkraf pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Soon Mei berkata, kali ini warga kerja Karangkraf berpeluang membuat pemeriksaan percuma bagi menyemak kandungan gula dan kolesterol dalam darah, tekanan darah dan ukuran indeks jisim tubuh badan (BMI).

"Ada beberapa staf yang kami dapati mempunyai kandungan glukos dan tekanan darah yang tinggi, justeru kami menggalakkan mereka untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital,” ujarnya.

Warga kerja Kumpulan Karangkraf sedang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma yang ditaja oleh Hospital Pantai di bangunan Kumpulan Karangkraf pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau turut mengakui teruja dengan sambutan yang menggalakkan daripada warga Karangkraf.

"Sebenarnya kami terkejut kerana sejurus sampai di sini jam 9 pagi tadi, staf terus beratur untuk buat pemeriksaan.

Staf PHA memberikan penerangan kesihatan kepada salah seorang warga Karangkraf yang hadir. Foto Sinar Harian/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Kita faham kebanyakan mereka yang bekerja pastinya mempunyai kekangan untuk hadir ke fasiliti kesihatan bagi membuat pemeriksaan,” katanya.

Untuk makluman, Pantai Hospital Ampang menawarkan pakej saringan kesihatan jantung serendah RM198 sempena kempen tersebut dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.pantai.com.my/ampang.