Lulus RUU bukti kerajaan, pembangkang sepakat

Iklan
Wee Ka Siong - Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti berjaya diluluskan membuktikan kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang mencapai kata sepakat demi kebaikan rakyat serta negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam hantaran di laman Facebooknya pada Khamis berkata, ia menjadi detik bersejarah buat negara.

Iklan
Iklan

"Diharapkan RUU ini dapat memelihara mandat rakyat dan menjadi benteng kepada kestabilan negara buat jangka masa panjang.

"Saya juga yakin RUU ini bersifat progresif dan baik untuk menyuburkan sistem demokrasi di Malaysia," katanya.

Iklan
Iklan