Billion buka cawangan Pasaraya Pantai Timor ke-15

Iklan
Azi Rahimiee (dua dari kanan) menunjukkan tanda bagus ketika meninjau Pasaraya Pantai Timor selepas majlis perasmian pembukaan pasar raya itu di Bandar Baru Jelawat, Bachok pada Khamis. Turut kelihatan Teik Ee (tiga dari kanan).

SELEPAS 30 tahun, Kumpulan Billion Sdn Bhd terus berusaha mengembangkan perkhidmatan untuk komuniti di negara ini.

Justeru, berdepan cabaran ekonomi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 bukan halangan kumpulan berkenaan menambah pusat beli-belah yang ke-52 di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Terbaru, Billion membuka Pasaraya Pantai Timor ke-15 di Kelantan iaitu di Bandar Baru Jelawat, di sini sekali gus bakal menjadi lonjakan baharu kepada perkembangan perniagaan syarikat tersebut.

Menurut Pengarah Kumpulan Pemasarannya, Leong Teik Ee, pasar raya berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan.

Iklan

"Harga rendah yang ditawarkan di Pantai Timor juga dapat mengurangkan kos pembelian barangan keperluan pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan Pasaraya Pantai Timor di sini pada Khamis.

Majlis dirasmikan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, Azi Rahimee Mohamed.

Iklan

Hadir sama Pengarah Kumpulan Billion, Lee Siew Hung dan Pengarah Operasi Kumpulan, Tan He Khon.

Teik Ee memberitahu, selain kawasan yang luas, pasar raya itu turut menyediakan banyak lot parkir.

Sempena pembukaan pasar raya berkenaan, setiap pelanggan yang membeli barangan RM50 ke atas akan menerima sekotak tisu manakala pembelian RM80 ke atas bakal memperoleh sehelai tuala khas Billion.

Sementara itu, pembelian RM100 ke atas akan mendapat kupon RM5 dan pelanggan akan menerima sekaki payung jika membuat pembelian RM120 ke atas.