Remaja didakwa subahat dengan perogol

Iklan

KUALA KANGSAR - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan bersubahat dengan empat lelaki sehingga menyebabkan rakannya yang merupakan remaja perempuan bawah umur dirogol.

Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Dovenby Sungai Siput, antara jam 1 pagi hingga 2 pagi pada 14 Julai lalu.

Dia didakwa bersubahat dengan tiga lelaki iaitu Muhammad Azeem Abdul Rahman, 20, Mohamad Ariff Haikal Arapin, 21, dan seorang lelaki berusia 17 tahun dengan cara membenarkan serta menyebabkan seorang remaja berusia 15 tahun 11 bulan dirogol.

Iklan
Iklan

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 108 kanun sama yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa bersubahat dengan seorang lelaki lain iaitu Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, atas kesalahan sama di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Felda Lasah, Kampung Pulau Mentimun, Sungai Siput, antara jam 1 pagi hingga 2 pagi pada 17 Julai lalu.

Iklan

Bagi pertuduhan berkenaan, dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Iklan

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 untuk setiap pertuduhan di samping syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap sebulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Muhamad manakala tertuduh diwakili peguam Navin Punj dan Mahajoth Singh.