UMNO hormat kerjasama rakan komponen BN

Iklan
Noor Hariri

KOTA BHARU - Isu penggunaan bendera parti tidak timbul kerana UMNO menghormati kerjasama dengan rakan-rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Parti itu juga tidak bersikap 'abang besar' seperti yang didakwa oleh beberapa pimpinan Pas sebelum ini.

Iklan
Iklan

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah seolah-olah melabel UMNO takut menggunakan logo sendiri ketika pilihan raya.

"Tiada paksaan dalam rundingan perihal logo antara kami semua dalam parti.

Iklan

UMNO tetap optimis logo dacing diterima dan diyakini rakyat.

"Kenapa perlu mengubah sesuatu yang sudah elok," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Iklan

Mohd Amar pada Selasa berkata, UMNO perlu berani menggunakan logo mereka sendiri pada pilihan raya umum (PRU) sebelum melabelkan Pas sebagai penakut.

Katanya, sejarah PRU negara menunjukkan parti itu (UMNO) tidak pernah menggunakan logo mereka sebaliknya pernah menggunakan lambang Perikatan dan kini BN.

Noor Hariri turut mengingatkan Mohd Amar supaya tidak mengadu domba dan berfikiran negatif mengenai UMNO sebaliknya bekerja kuat membaiki kelemahan kerajaan negeri dan kemudahan asas di Kelantan.

"Membangunlah bersama Islam dan jangan beralasan," katanya.