Polis nafi kemalangan tular libat pemandu OKU mabuk

Iklan
Keadaan mangsa selepas kemalangan tular di Taman Desa Melor, Senawang pada Khamis. - Foto PDRM

SEREMBAN - Polis menafikan kejadian kemalangan tular di Taman Desa Melor, Senawang pada Khamis disebabkan oleh pemandu kereta yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian tular sejak jam 3 petang Jumaat itu adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

"Kejadian sebenar mengenai kemalangan ini tidak melibatkan mana-mana pemandu OKU yang mabuk dan kenyataan yang telah tular ini adalah tidak benar.

"Ia berdasarkan siasatan awal oleh pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban yang terus ke lokasi kejadian lebih kurang 2 petang Khamis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Nanda berkata, hasil siasatan mendapati, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang wanita bersama seorang penumpang iaitu bapanya.

"Ketika kejadian, kereta itu telah keluar dari simpang di lokasi kejadian menyebabkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa berusia 50 tahun bersama isterinya, 42, yang datang dari arah kiri tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi kiri kereta berkenaan.

Iklan

"Pemandu kereta jenis Persona ini telah hadir ke Bahagian Trafik IPD Seremban untuk membuat laporan kemalangan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Rule 3(2)(b) LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.