Kerajaan disyorkan naik taraf kelapa sebagai 'raja buah'

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal (dua dari kanan) mencuba sendiri mesin mengupas kelapa semasa lawatannya ke Kilang Projek D'Raja Kelantan di Telong, Bachok pada Jumaat

BACHOK - Kerajaan disyorkan menaik taraf kelapa sebagai 'raja buah' memandangkan banyak kelebihan yang terdapat pada buah itu berbanding durian.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara tersebut akan diusulkan oleh beliau sebagai salah seorang anggota kerajaan walaupun bukan bidang kuasanya.

Iklan
Iklan

"Walaupun banyak produk boleh dihasilkan oleh durian, namun tidak salah untuk kita usulkan perkara ini (kelapa sebagai raja buah).

"Saya berpandangan pentas Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) pada bulan depan sesuai untuk dibentang perkara ini," katanya selepas mengadakan lawatan ke Kilang Projek D'Raja Kelantan di Telong pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, hal ini kerana MAHA melibatkan ramai pemain-pemain industri pertanian yang mahir tentang perkara ini.

Beliau berkata, kelapa boleh menghasilkan pelbagai produk seperti kerisik, santan, cocopeat, arang tempurung, cocofiber dan banyak lagi.

Iklan

"Malah produk cocopeat dan cocofiber mampu dipasarkan ke luar negara sekiranya berjaya dibangunkan dengan baik.

"Saya akan cuba panjangkan usaha ini ke pengetahuan kabinet untuk melihat potensi yang ada pada buah kelapa," katanya.

Mengulas mengenai projek ini, Wan Ahmad Fayhsal berkata, ia mampu menyediakan 150 peluang pekerjaan termasuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, selain itu ia turut menjana perkembangan ekonomi dalam kalangan masyarakat setempat.