Empat ahli kontinjen Malaysia positif Covid-19 di Solo

Iklan
Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Para ASEAN Md Nor Azam Ariffin bercakap ketika temu ramah persediaan atlet para negara menjelang Kejohanan Sukan Para ASEAN 2022 Solo, pada Jumaat. - Foto Bernama

SEHARI menjelang upacara perasmian Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, empat ahli kontinjen Malaysia terpaksa melupakan impian untuk beraksi di temasya berkenaan kerana positif Covid-19.

Ketua Kontinjen Kolonel (B) Md Nor Azam Ariffin berkata, mereka yang disahkan dijangkiti wabak itu ialah dua atlet catur, seorang atlet serta pegawai renang di Semarang, kira-kira 100km dari sini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kesemua individu berkenaan tidak mengalami simptom dan telah dikuarantin mengikut ketetapan temasya.

"Pasukan perubatan dari Institut Sukan Negara (ISN) telah menetapkan bahawa mana-mana atlet yang positif akan digugurkan kerana mereka memerlukan masa untuk sembuh, selain ada juga atlet yang tidak dapat hadir ke classification untuk bertanding.

Iklan

"Hari ini kita telah meminta kesemua ahli kontinjen kita untuk membuat ujian, harap tiada pertambahan kes sehingga tamat temasya. Bukan Malaysia sahaja, negara lain juga ada merekodkan kes positif,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko seperti menyewa kapal terbang khas ke Solo serta menjalani ujian saringan sebelum bertolak, namun tetap ada kes.

Iklan

Sementara itu, beliau berkata, jumlah acara dipertandingkan dan jadual terakhir temasya kali ini dijangka diketahui selepas mesyuarat pengurus pasukan esok.

Kontinjen Malaysia sebelum ini menyenaraikan 73 atlet, termasuk 22 atlet debut untuk membawa cabaran negara dalam 11 jenis sukan pada temasya kali ini. - Bernama