Undian tapak bazar Ramadan DBKL tergendala lebih 1 jam

Iklan
Sesi undian diteruskan seperti biasa selepas tergendala lebih satu jam.

KUALA LUMPUR - Sesi pengundian Bazar Ramadan Jalan Raja yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini tergendala kira-kira 1 jam 30 minit ekoran bantahan terhadap pemindahan lokasi tapak bazar berkenaan.

Tapak bazar dari Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Lorong Masjid India pada awalnya ditetapkan berpindah ke Jalan TAR sempena dengan penutupan laluan yang bakal dilaksanakan bagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutuskan ia akan ditempatkan di Jalan Raja.

Keadaan ketika protes berlaku semasa sesi undian tapak Bazar Ramadan DBKL kerana tidak setuju dengan lokasi Jalan Raja.

Iklan
Iklan

Bantahan berkenaan diketuai Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman yang menyifatkan tindakan penukaran penempatan semula tapak bazar Ramadan ke Jalan Raja akan menjejaskan peniaga.

Menurutnya, rundingan yang dilakukan bersama DBKL sebelum ini menemui jalan buntu.

Iklan

"Peniaga membuat permohonan tapak berdasarkan keputusan awal DBKL untuk menempatkan bazar di Jalan TAR, tapi hari ini undian dibuat untuk Jalan Raja.

Majoriti peniaga yang menunggu nasib tidak berganjak.

"Lokasi Jalan Raja tidak sesuai kerana jauh dari kawasan perniagaan di Lorong TAR dan Lorong Masjid India dan kita bimbang tidak ramai orang ke sana, peniaga akan terjejas,” katanya.

Iklan

Bagaimanapun sesi undian berkenaan diteruskan apabila majoriti peniaga-peniaga yang menunggu nasib dilihat tidak berganjak.