‘Bagai mati hidup semula’

Iklan
Amir (kanan) ketika ditemu bual menerusi satu video yang diterbitkan Sinar Harian bertajuk ‘Taubat Banduan Akhir’.

SHAH ALAM - Perumpamaan ‘bagai mati hidup semula’ sesuai untuk menggambarkan situasi seorang banduan akhir yang diberi peluang kedua apabila terlepas daripada hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh.

Banduan yang ingin dikenali dengan nama Amir (bukan nama sebenar) itu berkata, selepas mahkamah telah meluluskan rayuan permohonan berhubung kesalahannya itu, dia kini hanya menjalani hukuman penjara selama 20 tahun di Penjara Kluang, Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Amir yang berusia 30 tahun itu berkata, pengalaman pernah bergelar banduan akhir amat memberi kesan mendalam dan mendatangkan keinsafan terhadap dirinya.

"Apabila saya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, waktu itu saya tak boleh berdiri, longlai dalam kandang mahkamah,” katanya menerusi satu video yang diterbitkan Sinar Harian bertajuk ‘Taubat Banduan Akhir’.

Iklan

Amir berkata, kesempatan yang diberikannya itu dijadikan peluang untuk dia bangkit memperbaiki kekurangan diri dengan menghafal surah-surah penting al-Quran di sebalik jeriji besi.

Tambahnya, dia juga menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Integriti Kluang meskipun usianya tidak sama seperti pelajar lain.

Iklan

Menurutnya, dia terlibat bekerja di sekolah berkenaan setelah dipilih menjadi banduan peringkat khas.

"Semasa memantau banduan junior belajar di sekolah itu, saya turut sama berpeluang dapat belajar dan akhirnya dapat menguasai lapan subjek SPM.

"Terdetik di hati saya, apa salahnya jika saya mendaftar dan mengambil peperiksaan SPM,” katanya.

Amir dalam temu bualnya turut berkongsi pengalaman sedih menyaksikan detik terakhir sahabatnya yang berdepan dengan hukuman gantung.

"Sahabat saya ini pernah menyatakan hasrat ingin belajar mengaji dan berusaha untuk mengenal al-Quran.

"Pada satu ketika, bila melihat melalui tingkap bilik, saya lihat sahabat saya itu berjalan diiringi pegawai penjara untuk menjalani hukuman gantung.

"Ketika itu, saya amat takut dan insaf. Tidak dapat dibayangkan apakah yang akan saya rasa jika berada ditempatnya ketika itu,” ujarnya.