Kek percuma untuk golongan kurang berkemampuan

Iklan
Rohana menawarkan kek percuma kepada golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

PASIR PUTEH - Seorang pemilik kedai kek dan roti menawarkan kek percuma kepada golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

Pemiliknya, Rohana Uji, 51, berkata, idea itu timbul selepas terkesan melihat golongan berpendapatan rendah tidak mampu membeli kek disebabkan kenaikan harga barang ketika ini.

Iklan
Iklan

"Melihat kepada situasi itu saya terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan memberikan kek percuma kepada golongan tersebut.

"Saya berasal daripada keluarga susah sebelum ini, perasaan untuk menikmati kek itu amatlah dirasai.

Iklan

Lagipun harga sebiji kek agak mahal," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di NR Hana Roti dan Kek di sini pada Jumaat.

Menurutnya, perasaan menjadi lebih sebak apabila melihat dan mendengar sendiri keluhan orang ramai yang datang ke kedainya untuk mengambil kek tersebut.

Iklan

Katanya, usaha yang dilakukan itu bukan untuk mengejar populariti sebaliknya lebih kepada tanggungjawab sosial membantu golongan memerlukan.

Rohana berkata, sejak perkara itu dimuat naik di laman Facebook, dia dan pekerjanya tidak menang tangan untuk membantu golongan memerlukan.

"Boleh dikatakan dalam sehari, dua atau tiga orang akan datang ke kedai mendapatkan kek percuma, ia membuatkan saya rasa gembira.

"Semua kek ini menggunakan bahan-bahan berkualiti bagi memastikan penerima dapat menikmati rasa sebenar," katanya.