Bantu pesakit mental sedia ke alam pekerjaan

Iklan
Peserta terdiri pelanggan Mentari Mentakab mempelajari menyediakan resume menerusi bengkel tersebut.

TEMERLOH - Mereka yang menghidap penyakit mental selalunya berdepan kesukaran untuk memasuki alam pekerjaan berikutan masalah yang dihadapi oleh golongan terbabit.

Namun, kewujudan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Mentakab memberikan peluang kepada golongan terbabit untuk lebih berani meneroka alam pekerjaan dengan lebih bersedia dan yakin.

Iklan
Iklan

Mentari merupakan sebuah pusat kesihatan mental komuniti yang aktif melakukan pelbagai program bersama pesakit serta komuniti setempat.

Pakar Psikiatri di Mentari Mentakab, Dr Zuri Shahidii Kadir memberitahu, setakat ini Mentari Mentakab menerima purata lebih kurang 90 pelanggan pada setiap bulan mendapatkan pelbagai khidmat rawatan di pusat tersebut sejak ia dibuka pada 2014.

Iklan

Namun ramai dari pelanggan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.

Dr Zuri Shahidii Kadir

"Sebab itu kita tengah giatkan promosi untuk menarik penyertaan usahawan-usahawan serta pelbagai agensi lain bagi membantu pelanggan selain memperkenalkan pusat ini kepada masyarakat.

Iklan

"Seperti yang kita ketahui, salah satu peranan utama Mentari untuk membantu pelanggan memasuki alam pekerjaan.

"Jadi sebagai salah satu initiatif, kita telah menganjurkan bengkel RESUME yang menarik penyertaan 12 peserta terdiri pelanggan Mentari Mentakab baru-baru ini untuk berkongsi tentang persiapan diri untuk ke alam pekerjaan disamping menyediakan resume yang baik dengan penglibatan bersama pebagai agensi termasuk wakil-wakil majikan yang turut menawarkan peluang pekerjaan," katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya, setiap pelanggan yang dirujuk ke pusat itu selepas mendapat pengesahan dan dalam keadaan stabil selain rujukan oleh pihak hospital.

"Setakat ini, kita juga pernah menerima pelanggan yang berusia 15 dan 16 tahun untuk mendapatkan rawatan," tambahnya pusat itu mendapat penyeliaan Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Sultan Haji Ahmad Shah(Hoshas) Temerloh, Dr Firdaus Abdul Gani.

Dalam pada itu, Pegawai Perubatan Mentari Mentakab, Dr S.Iwin Soossay memberitahu, peserta bengkel menunjukkan semangat yang positif sepanjang bengkel itu dijalankan.

Dr S.Iwin Soossay

Beliau yang juga bertindak selalu moderator bengkel itu gembira dengan komitmen pelanggan yang bersedia untuk bersama masyarakat.

"Kita merancang untuk menganjurkan bengkel atau aktiviti lain dalam skala lebih besar selepas ini," ujarnya pusat itu dibuka setiap hari pada waktu pejabat kecuali hari pelepasan am.

Di Pahang, selain di Mentakab, Mentari juga terdapat di Balok, Kuantan.