PERENANG negara yang semakin meningkat Khiew Hoe Yean gagal dalam usahanya untuk beraksi pada dua final berturut-turut pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini pada Sabtu.
Ini berikutan Hoe Yean sekadar menduduki tempat kelima dalam saringan kelima acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki dengan mencatatkan masa 1 minit 48.85 saat (s) di Pusat Akuatik Sandwell di sini.
Iklan
Iklan
Pada Jumaat, Hoe Yean yang membuat penampilan sulung dalam temasya itu di sini, mara ke pusingan akhir acara 400m gaya bebas lelaki apabila berjaya menduduki tempat keenam dengan catatan masa 3:49.95s
Dalam pada itu, seorang lagi perenang negara Arvin Shaun Singh Chahal menamatkan saringan keempat acara itu pada tempat terakhir dengan merekodkan 1:51.73s.
Keputusan hari ini bermakna Hoe Yean dan Arvin masing-masing menduduki tempat ke-11 dan ke-22 daripada keseluruhan 38 perenang manakala juara acara 400m gaya bebas lelaki Elijah Winnington dari Australia mengungguli carta dengan 1:46.87s. - Bernama