125 cedera penyokong Al-Sadr, pasukan keselamatan bertempur

Iklan
Penyokong ulama terkenal Syiah Muqtada al-Sadr menuju ke Zon Hijau yang berkubu kuat di Baghdad, Iraq. - Foto Xinhua

BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 125 orang cedera pada Sabtu dalam pertempuran yang jarang berlaku antara penyokong ulama terkenal Syiah Muqtada al-Sadr dan pasukan keselamatan Iraq.

Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa 100 penunjuk perasaan cedera ketika bertempur dengan pasukan keselamatan di parlimen.

Iklan
Iklan

Seramai 25 anggota tentera turut cedera, lapor Agensi Anadolu.

Susulan percanggahan pandangan politik menyebabkan sehingga kini kerajaan baharu Iraq masih gagal dibentuk sejak pilihan raya awal diadakan Oktober lalu.

Iklan

Pada 25 Julai, pakatan Rangka Kerja Penyelarasan memilih Mohammed Shia' al-Sudan, 52, sebagai calon untuk mengetuai kerajaan, sebagai usaha untuk menamatkan krisis yang telah berlarutan selama lapan bulan.

Pencalonan al-Sudani mencetuskan perpecahan kerana penunjuk perasaan dan gerakan Syiah Sadrist mahu tokoh yang dicalonkan adalah dalam kalangan mereka yang tidak pernah terlibat dengan kerajaan. - Bernama

Iklan