Kehilangan Ashraf: Ritual pelik undang kegusaran penduduk

Iklan
Foto kecil: Mohd Fairis

GOPENG - Penduduk Kampung Pintu Padang akui terkesan dengan pendekatan ritual melampau oleh sesetengah pihak dalam membantu operasi mencari Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung Pintu Padang, Mohd Fairis Zabidi berkata, tindakan itu bukan sahaja dilihat menyalahi agama malah, menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk dengan kehadiran orang ramai yang luar biasa.

Iklan
Iklan

"Kita menerima pelbagai aduan penduduk yang terganggu dengan kereta orang luar yang meletakkan kenderaan sesuka hati.

"Mereka menggunakan kaedah seperti penggunaan kemenyan, tanduk, pasu dan sebagainya dalam operasi ini. Kami tidak selesa kaedah di luar batasan agama itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Iklan

Menurutnya, pihaknya mengambil inisiatif menutup jalan masuk ke Bukit Batu Putih bagi mengekang orang awam masuk sendirian.

"Kita tubuhkan kumpulan dalam kalangan belia, mana-mana individu atau kumpulan buat pencarian, kami akan turut serta seperti solat hajat dan sebagainya.

Iklan

"Penduduk kampung berharap orang ramai yang ingin membantu buat secara efisien dan tidak melanggar tata susila agar kita dapat menemui mangsa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Kehilangan Ashraf: Lakon semula pergerakan sebelum hilang