SHAH ALAM - Sebanyak 32 lot kedai di Uptown Seksyen 24, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 5.37 pagi.
Menurutnya, seramai 34 anggota bomba dan empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam serta Subang Jaya ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba dapati api telah marak. Laporan awal mendapati kebakaran babitkan tiga blok kedai yang mempunyai 32 unit lot berkeluasan 8 x 12 kaki persegi setiap satu.
"Blok pertama dan kedua terbakar 100 peratus manakala blok ketiga terbakar 50 peratus," katanya api berjaya dikawal pada jam 6.43 pagi.
Beliau berkata, blok pertama mempunyai 14 unit lot kedai, blok kedua (14 unit lot kedai) manakala blok ketiga mempunyai empat lot kedai.
"Ketika kejadian semua lot kedai terlibat tidak beroperasi.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.