Serdang, Seri Kembangan dilanda banjir kilat

Iklan
Kawasan kedai makan yang turut dinaiki air.

SERI KEMBANGAN- Hujan lebat lebih satu jam petang tadi menyebabkan ratusan rumah sekitar kawasan ini dinaiki air manakala kenderaan terkandas di Lebuhraya Besraya berhampiran Stesen Komuter Serdang.

ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, antara kawasan yang dinaiki air termasuk Jalan Kuyoh, Kampung Baru Seri Kembangan, Taman Seri Serdang, Serdang Jaya dan Taman Jinma.

Iklan
Iklan

Turut ditenggelami air sebahagian Jalan Besar Seri Kembangan yang menyebabkan ada kenderaan ditenggelami air hampir separuh.

"Saya terima aduan mengenai kejadian banjir dan bergegas ke sini untuk melihat keadaan.

Iklan

"Di Kampung Baru Seri Kembangan, terdapat beberapa rumah dinaiki air disebabkan paras air Sungai Kuyoh naik mendadak dah melimpah masuk ke kawasan kampung,” katanya.

Penduduk hanya mampu melihat air naik di kawasan perumahan teres di Serdang Jaya selepas hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

Beliau berkata, setakat jam 8 malam tadi, tiada penduduk dipindahkan dan masih berada di kediaman masing-masing.

Iklan

"Kita belum kenal pasti punca sebenar banjir ini berlaku namun berkemungkinan besar sebab hujan terlalu lebat.

"Ia ditambah dengan paras sungai sebelum ini yang memang lebih tinggi dari perumahan, bila air sungai naik melimpah dari ban dan masuk ke rumah penduduk,” katanya.

Dalam pada itu penduduk Ahmad Idris, 76, berkata, air mula naik kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, air naik hingga ke paras lutut dengan cepat menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan perabot dan peralatan rumah ke tempat tinggi.

"Sebelum ni ada berlaku banjir tapi tak teruk macam ni, petang tadi perabot semua berendam dalam air.

"Saya saja alami kerugian lebih RM5,000 akibat kejadian ini,” katanya.