Misi serampang dua mata skuad judo di Birmingham

Iklan
Amir Daniel Abdul Majeed (kiri) dan Kamini Segaran ketika ditemui wartawan Bernama di Perkampungan Sukan di University of Warwick baru-baru ini. - Foto Bernama BIRMINGHAM, July 31 -- National judo athletes Amir Denial Abdul Majeed (left) and Kamini Segaran when met by Bernama at the Sports Village, University of Warwick recently. --fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

[DIKEMAS KINI] SKUAD judo negara mahu pencapaian di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 sebagai batu loncatan bagi membolehkan sukan berkenaan disenaraikan dalam Program Podium.

Jurulatih pasukan negara, Md Nashriq Md Nassir percaya jika judo tersenarai dalam program latihan atlet berprestasi tinggi itu, sukan berkenaan mampu mencatat lebih banyak kejayaan buat negara di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau berkata, kem negara yang membariskan dua wakil pada temasya kali ini menyasarkan melangkah sehingga ke suku akhir bagi memberikan mereka merit untuk memohon kepada Majlis Sukan Negara (MSN) supaya sukan berkenaan dimasukkan dalam Program Podium.

"Kalau berada dalam Program Podium, latihan atlet lebih tersusun dan dapat memberi sepenuh fokus dalam latihan sebagai persediaan menghadapi sesuatu kejohanan. Sebelum ini, atlet hanya dikumpulkan apabila ada kejohanan.

Iklan

"Kita mahu sukan judo lebih maju pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui di perkampungan sukan atlet di University of Warwick, kira-kira setengah jam perjalanan dari pusat bandar di sini.

S.Kamini Segaran, 25, dan Amir Daniel Abdul Majeed, 18, masing-masing akan membawa cabaran negara dalam kategori 57kg wanita dan 73kg lelaki pada temasya kali ini.

Iklan

Mengenai sasaran tersebut, Md Nashriq berkata, ia sesuatu yang realistik berikutan Amir Daniel dan Kamini kali pertama membuat penampilan pada temasya sukan kedua terbesar di dunia itu.

Selain itu, beliau berkata, Sukan Komanwel Birmingham adalah kejohanan kedua disertai anak didiknya selepas Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lepas, berikutan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Kamini yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA Hanoi, berjanji akan memberikan prestasi terbaik walaupun menyedari ia bukan tugas mudah.

"Kita akan berusaha mencapai sasaran ditetapkan. Jika sampai ke suku akhir boleh dikira satu pencapaian yang cukup baik,” katanya.

Amir Daniel, yang baru memulakan pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas manakala Kamini, penuntut tahun akhir Universiti Sains Malaysia (USM), hadir di Birmingham dengan kejayaan memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA Hanoi.

Bagi Amir Daniel, penampilan di temasya berprestij itu satu pengalaman berharga dalam meneruskan kerjaya dalam sukan tersebut yang mula diceburi ketika berusia lima tahun.

Acara judo dijadual berlangsung di Coventry Arena, Coventry, bermula Isnin ini (1 Ogos). - Bernama