Menu pecah selera, pais ikan

Iklan
Pais ikan yang dibalut bersama daun pisang serta dibungkus dengan daun pucuk nipah dan kemudiannya disalai itu adalah sejenis makanan tradisi yang lazat apatah lagi bila diratah begitu saja ketika ia masih hangat.

Peniaga Nur Firdaus Nordin, 20, menunjukkan pais ikan yang sedia dijual kepada pelanggan ketika ditemui di gerainya di Pantai Kampung Tanjung Aru Nelayan.

Selain menjadi menu pecah selera, pais ikan biasanya dimakan dengan nasi panas dan paduan rasa manis, pedas, masin dan lemak menjadikan santapan begitu menyelerakan.

Pais paling laris di sini ialah pais ikan usus, pais ikan basung dan pais ikan temenung yang dijual RM6 setiap satu di gerai yang beroperasi seawal 7 pagi pada setiap Sabtu dan Ahad di pantai itu. - Foto Bernama