Serangan bersenjata: Presiden Guatemala terselamat

Iklan
Alejandro Giammattei

BOGOTA - Presiden Guatemala, Alejandro Giammattei terselamat selepas penyerang bersenjata melepas tembakan ke arah konvoinya dalam kejadian yang berlaku di bandar Huehuetenango, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.

Beberapa orang turut cedera dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu itu, kata pegawai.

Iklan
Iklan

Berlaku pertempuran antara pengiring tentera yang mengawal rombongan presiden dan penyerang.

Siasatan terperinci telah dilancarkan bagi mengenal pasti dalang kejadian itu. - Bernama

Iklan
Iklan