Jang Hobin benam Gergasi Merah di Kelana Jaya

Iklan
Pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar (tengah) ketika diasak oleh dua pemain Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super malam tadi. - Foto: Bernama

SKUAD Negeri Sembilan FC bangkit daripada ketinggalan dua gol bagi mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, sebentar tadi.

Pemain gantian, Sean Selvaraj muncul wira skuad Hobin Jang Hobin itu apabila gol jaringannya pada minit ke-88 melengkapkan kebangkitan dramatik pada perlawanan berkenaan.

Iklan
Iklan

Kemenangan berkenaan sekali gus menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin itu semakin mengukuhkan kedudukan pada tangga ketiga Liga Super dengan 27 mata hasil tujuh kemenangan, seri lima kali dan tewas dua kali daripada 14 perlawanan setakat ini.

Aksi malam tadi menyaksikan skuad Merah Kuning itu tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Herlison Caion menjaringkan gol pembukaan pada minit kelapan, hasil kesilapan pertahanan pelawat, Herold Goulon.

Iklan

Bagai mendapat semangat baharu, kesebelasan Selangor FC dilihat semakin hebat mengasak ke pintu gol Negeri Sembilan FC bagi menambah jaringan.

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila seorang lagi pemain import, Yazan Al-Arab menjaringkan gol kedua pada minit ke-30.

Iklan

Selangor FC kemudiannya dilihat semakin hebat mengasak ke pintu gol pelawat, namun tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua menyaksikan Negeri Sembilan FC semakin menggandakan asakan dan hasilnya, penyerang import skuad Jang itu, Gustavo Dos Santos merapatkan jurang gol apabila menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-66.

Gustavao kemudiannya sekali membolosi gawang tuan rumah apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-80 bagi menyalakan semula harapan pelawat untuk bangkit pada perlawanan berkenaan.

Negeri Sembilan dilihat semakin hebat mengasak ke gawang tuan rumah dan hasilnya, pemain gantian Sean Selvaraj yang juga merupakan bekas pemain Selangor FC musim lalu menjaringkan gol ketiga menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-88.

Biarpun cuba bangkit pada penghujung perlawanan namun, jentera serangan Selangor FC dilihat buntu untuk menembusi benteng pertahanan pelawat hingga ke wisel penamat.