KES penipuan ke Tanah Suci sering kali berlaku dan ia seakan tidak pernah berakhir kerana ‘dalang’ perbuatan menunggang agama itu sentiasa berlegar mencari mangsa.
Bukan bakal jemaah haji tidak mengetahui kes penipuan yang sering berlaku saban tahun, namun sikap alpa dan mudah tertarik dengan tawaran manis si penipu menyebabkan mangsa akhirnya kecundang.
Iklan
Iklan
Ikuti wawancara wartawan Rasuah Busters, Hisyamuddin Ayub bersama Pengarah Urusan Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd, Datuk Mohamad Din Yusoh membongkar kes penipuan melibatkan haji furada dan pakej umrah di negara ini.
SINAR HARIAN: Supaya orang ramai tidak tertipu dan mengetahui sejauh mana sahih visa haji furada yang diterima oleh pihak tersebut, apa yang perlu dilakukan oleh bakal jemaah haji?
MOHAMAD DIN: Cadangan saya, jemaah perlu tahu status pesawat yang diambil oleh penganjur, tempat penginapan di Tanah Suci, pengangkutan dan paling penting adalah visa haji.
Kalau semua ini sudah ada, pastinya masalah ini (penipuan) tidak akan timbul. Sebaliknya kalau berlaku, syarikat yang mengendalikan jemaah ini perlu memaklumkan kepada semua jemaah menerusi aplikasi WhatsApp secara berkala. Ini bagi mengingatkan jemaah haji supaya tidak datang ke terminal haji.
Baca laporan penuh ‘Si ulat’ muncul menjelang musim haji di Sinar Premium.
Artikel Berkaitan