Lubang misteri dalam Lautan Atlantik

Iklan
Lubang- lubang ditemui dalam ekspedisi NOAA di Lautan Atlantik baru-baru ini. - Foto NOAA

WASHINGTON - Para saintis menemui sejumlah lubang misteri di dalam Lautan Atlantik yang kelihatan seperti digali oleh manusia baru-baru ini.

Lubang itu berada di kawasan Rabung Tengah Atlantik pada kedalaman 2,540 meter di bawah permukaan lautan.

Iklan
Iklan

Ia ditemui semasa ekspedisi Dive 04 Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik Amerika Syarikat (AS).

Ekspedisi itu bertujuan untuk mengumpulkan data mengenai kawasan perairan dalam yang belum diterokai di Lautan Atlantik.

Iklan

Foto menunjukkan lubang-lubang tersebut disusun dalam garis lurus dan jaraknya kelihatan sama antara satu sama lain.

Para saintis NOAA berasa hairan sehingga mereka menggunakan media sosial untuk melihat sama ada orang ramai mempunyai sebarang hipotesis yang boleh dikemukakan.

Iklan

Ini bukan kali pertama lubang seperti itu telah ditemui.

Para saintis melihat fenomena yang sama pada Julai 2004 di kawasan yang sama.

Dua orang penyelidik, Michael Vecchione dan Odd Aksel Bergstad menyatakan kaedah pembinaan lubang itu masih lagi tidak diketahui. - Agensi