BEIJING - CHINA. China melancarkan kenderaan perayau, hari ini untuk mendarat di 'bahagian gelap' bulan yang pertama di dunia yang akan meningkatkan cita-cita Beijing untuk menjadi 'kuasa terbesar' angkasa lepas.
Agensi berita Xinhua melaporkan misi Chang'e-4 yang dinamakan sempena nama dewi bulan dalam mitologi Cina dilancarkan dengan roket Long March 3B dari pusat pelancaran Xichang pada jam 2.23 pagi (waktu tempatan).
Iklan
Iklan
"Ia membuka bab baharu dalam penerokaan bulan. Ia dijangka mendarat sekitar Tahun Baharu untuk menjalankan eksperimen dan meninjau kawasan tidak pernah dijejaki yang tidak menghadap bumi," menurut laporan itu lagi.
Tidak sehingga 1959, Kesatuan Soviet telah mengambil imej pertama permukaan tebal yang membongkar beberapa misteri 'bahagian gelap' bulan. - AFP
Iklan
Iklan