Jangan permainkan istilah jihad: Aziz Bari

Iklan
Abdul Aziz (lima, kiri) pada majlis pelancaran berkenaan.

Abdul Aziz minta Ismail Sabri fahami konsep sebenar jihad

IPOH -"Jangan mempermainkan istilah jihad,". Itu reaksi Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari bagi mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini yang mengatakan perjanjian UMNO dan Pas adalah satu jihad untuk menumbangkan Kerajaan PH yang dikatakan menjadi kerajaan anti Melayu dan Islam.

Abdul Aziz berkata, Ismail Sabri perlu memahami konsep jihad kerana ia ada kaitannya dengan Islam.

Iklan
Iklan

"Kalau dia tak faham Islam, tak faham konsep jihad, belajarlah dulu. Jangan tembak tanpa maklumat, tanpa ilmu yang betul.

"Jangan lacurkan istilah jihad itu. Jangan kotorkan istilah jihad itu. Jangan pemain-mainkan istilah jihad itu. Kita bukan tak kenal Ismail Sabri. Sejak bila dia jadi pakar jihad pula?" katanya.

Iklan

Abdul Aziz berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Gerakan Massa Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2019 di AEON Station 18.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, jihad yang dilaungkan oleh Ismail Sabri menimbulkan persoalan kerana jihad adalah perkara baik serta usaha keras yang dilakukan bersungguh-sungguh untuk membanteras benda tidak baik.

Iklan

"Jadi apa tak baik dengan kita? Kita basmi kemiskinan, buang kleptokrasi, banteras rasuah. Saya tak nampak apa yang dia buat itu jihad. Akan menakutkan orang bukan Islam, itu bukan jihad namanya."Beliau kena faham konsep jihad itu, jangan burukkan Islam sebab jihad itu dikaitkan dengan Islam," katanya.