Israel bekukan sebahagian hasil cukai Palestin

Iklan
Israel membekukan lagi sebahagian hasil cukainya kepada pihak berkuasa Palestin. - Foto AFP

BAITULMAQDIS - Menteri-menteri Israel pada Ahad bertindak membekukan lagi sebahagian daripada hasil cukai yang dikutip bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Keputusan itu dibuat kerana pihak PA memberikan sokongan kewangan kepada pejuang Palestin.

Iklan
Iklan

Jumlah yang ditahan iaitu sekitar AS$176 juta (RM783.29 juta) akan mengimbangi jumlah yang dibayar PA kepada keluarga penyerang pada tahun lalu.

Israel mengumpul kira-kira AS$190 juta (RM845.90 juta) sebulan dalam bentuk duti kastam yang dikenakan ke atas barangan untuk pasaran Palestin yang melalui pelabuhan Israel.

Iklan

Ia kemudian memindahkan dana tersebut kepada PA.

Israel mendakwa bayaran kepada keluarga mereka yang melakukan serangan menggalakkan tentangan ke atas rejim Zionis.

Iklan

Dalam pada itu, PA berkata, pembayaran itu adalah merupakan satu bentuk kebajikan kepada keluarga yang telah kehilangan pencari nafkah utama mereka.

Seorang pegawai Israel memberitahu AFP bahawa kabinet keselamatan Israel sudah bertindak meluluskan untuk mengekalkan pembekuan dana itu. - Agensi