Neymar sanjung tinggi Messi

Iklan
Neymar tetap menganggap Messi antara nadi kekuatan PSG.

PARIS Saint-Germain (PSG) tidak memerlukan seorang lagi pemain berstatus bintang persis Lionel Messi bagi memacu kelab gergasi Perancis itu mencipta kejayaan di pentas domestik mahupun Eropah.

Bintang PSG, Neymar berkata, dia tidak pernah meragui sentuhan berbisa bekas bintang Barcelona, Lionel Messi yang menyertai skuad La Parisiens itu musim lalu.

Iklan
Iklan

"Tidak, tidak... saya tidak fikir begitu kerana saya percaya khidmat Messi masih diperlukan kelab ini dalam mengharungi saingan domestik dan juga Eropah.

"Orang ramai banyak bercakap tanpa mengetahui situasi sebenar. Pada kami Lionel Messi kekal Lionel Messi. Dia tidak akan berubah dan akan sentiasa kekal sebagai pemain yang akan membuat perubahan.

Iklan

"Saya harap kami akan kekal seperti musim lalu dan semuanya akan berjalan lancar untuk saya, Lionel Messi dan Kylian (Mbappe). Jika kami bertiga bagus, PSG akan bagus,” kata Neymar.

Sebelum ini, terdapat desas-desus Messi tidak selesa menyarung jersi PSG, sekali gus menyaksikan kapten skuad kebangsaan Argentina itu dikhabarkan akan meninggalkan Paris.

Iklan

Di sebalik spekulasi itu, Messi tampil cemerlang apabila membantu PSG menjulang Piala Super Perancis setelah menewaskan Nantes 4-0 di Stadium Bloomfield, Tel Aviv pada Ahad.

Dalam aksi tersebut, Neymar meledak dua gol manakala Messi menyumbat dua gol, sekali gus menghadiahkan kejuaraan pertama buat pengendali baharu PSG, Christophe Galtier.