Filipina berkabung atas kematian bekas Presiden Fidel Ramos

Iklan
Fidel V Ramos. - Foto: REUTERS

MANILA - Filipina pada Ahad berkabung atas pemergian Presidennya yang ke-12, Fidel V Ramos, 94, lapor media negara itu.

Ramos, yang meninggalkan pengaruh besar di negara itu merupakan seorang pegawai tentera yang disegani dan penjawat awam yang tersohor kerana membawa kestabilan politik ke Filipina dan memperkasa ekonomi rakyatnya.

Iklan
Iklan

Beliau menggantikan Corazon Aquino yang pernah dibantunya semasa Revolusi Kuasa Rakyat untuk menjatuhkan rejim Presiden Marcos.

"Keluarga Ramos dengan penuh dukacita mengumumkan pemergian bekas Presiden Fidel Valdez Ramos,” lapor Agensi Berita Filipina, memetik kenyataan rasmi ringkas oleh keluarganya.

Iklan

Dilahirkan pada 18 Mac 1928, di Lingayen, Pangasinan, Ramos, lulusan Akademi Tentera AS yang berprestij di West Point, New York, pada 1950, akan terus dikenang kerana beberapa pencapaian penting sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Antaranya termasuk mencari penyelesaian kepada masalah bekalan tenaga elektrik yang sering terputus di negara itu berikutan kekurangan tenaga, dan menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menamatkan konflik bersenjata di Mindanao.

Iklan

Ramos yang berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan tentera dari 1986 hingga 1988, dan Setiausaha Pertahanan Negara dari 1988 hingga 1991, juga berjaya mematahkan beberapa percubaan rampasan kuasa tentera untuk menggulingkan kerajaan presiden Aquino.

Keluarga Ramos dijangka mengumumkan kelak upacara penghomatan dan pengebumiannya.- Bernama