Atlet para negara cemerlang di kolam renang

Iklan
Dari kiri: Abdul Halim, Carmen, Fraidden dan Mohd Adib. - Foto Majlis Sukan Negara

ATLET para negara terus cemerlang pada Sukan Para ASEAN 2022 apabila meraih pingat emas dalam acara renang dan olahraga pada Isnin.

Paling mencuri tumpuan adalah kilauan empat pingat emas dari Jatidiri Swimming Centre yang diraih empat atlet renang negara dalam acara masing-masing pada sebelah pagi.

Iklan
Iklan

Malah, dua rekod baharu kejohanan turut dicatatkan dalam acara 100 meter (m) kuak dada SB14 dan 100m kuak dada SB8.

Dalam acara 100m kuak dada SB14, Mohd Adib Iqbal Abdullah membuktikan kehebatannya dengan memenangi emas dan mencatat rekod baharu bagi acara berkenaan.

Iklan

Rekod baharu turut dicatatkan dalam acara 100m kuak dada SB8 menerusi Abdul Halim Mohammad yang turut meraih pingat emas buat skuad renang negara.

Skuad renang negara terus cemerlang apabila Fraidden Dawan berjaya memenangi emas bagi acara 400m gaya bebas S10.

Iklan

Sementara itu, satu-satunya perenang wanita, Carmen Lim turut menceriakan skuad renang negara apabila dengan meraih emas bagi acara 100m kuak dada SB8 wanita (W).