Bersatu Johor bidas Mohamad isu 1MDB sudah basi

Iklan
Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Mohd Solihan)

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor membidas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan yang mendakwa isu membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sudah basi.

Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri berkata, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali kerana skandal 1MDB masih relevan dan terus hangat diperkatakan malah kesannya dapat dirasakan sehingga kini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, perkembangan tersebut menunjukkan nilai kepimpinan UMNO yang angkuh selain tidak peka dengan suasana semasa serta permasalahan dihadapi rakyat negara ini.

"Skandal 1MDB adalah jenayah yang memalukan bukan sahaja kepada bangsa Melayu tetapi juga negara. Jadi, bagaimana dalam satu tempoh yang singkat, Datuk Seri Mohamad Hassan boleh melupakan penipuan dan penyelewengan kuasa paling besar serta terburuk pernah berlaku dalam sejarah zaman moden ini?

Iklan

"Sebaliknya, apabila Timbalan Presiden UMNO itu dengan 'bangga' mengatakan isu skandal 1MDB sudah basi dan tidak lagi dipedulikan rakyat maka itu satu lagi tragedi melanda bangsa Melayu kerana memiliki pemimpin yang sanggup mengabaikan perasaan dan kepentingan seluruh bangsa itu semata-mata untuk mempertahankan seorang pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau beranggapan UMNO sudah tidak ada nilai lagi kerana gagal membela dan memperjuangkan hak serta kesejahteraan rakyat sekiranya benar sentimen itu yang mahu dimainkan parti berkenaan.

Iklan

Sehubungan itu, Bersatu Johor mendesak Mohamad meminta maaf dan menarik semula kenyataan itu secara terbuka kerana telah melukakan hati, memalukan serta mencemarkan maruah seluruh bangsa Melayu.

"Orang Melayu seperti Datuk Seri Mohamad Hassan inilah sebenarnya orang Melayu yang mudah lupa. Pada masa sama, rakyat sama sekali tidak akan memaafkan dan melupakan skandal mega seperti 1MDB. Fakta kes ini tidak boleh dipadamkan," katanya.

Beliau berkata, Mohamad perlu ingat bahawa kemarahan dan kekecewaan akar umbi UMNO telah ditunjukkan melalui protes senyap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang lalu apabila peratusan pengundi keluar merosot.

Mohd Solihan berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) rakyat akan kembali menunjukkan protes yang sama pada PRU15.

"Kemenangan calon BN pada siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN dalam tempoh dua tahun lalu tidak boleh dianggap kerana kekuatan BN tetapi disebabkan faktor lain termasuk ketidaksepakatan pembangkang," katanya