Pelantikan Tengku Zafrul beri impak kepada BN

Iklan
Zambry (kiri), Tengku Zafrul

PUTRAJAYA - Pelantikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor dilihat memberi impak dan impetus yang baik terhadap negeri itu, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Menurutnya, faktor itu disokong oleh latar belakang Tengku Zafrul yang berasal dari Selangor selain kedudukan sebagai Menteri Kewangan.

Iklan
Iklan

"Selaku Menteri Kewangan, latar belakang dan pengalaman yang ada pada beliau, saya yakin Tengku Zafrul dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucaptama penutup Forum Percukaian Ketiga Malaysia, di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunus.

Iklan

Dalam rombakan yang dilakukan oleh Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, Jamal dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.

Pengumuman itu dibuat Noh di hadapan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan peserta konvensyen daripada tiga parti komponen BN iaitu UMNO, MCA serta MCA pada Ahad.

Iklan

Berhubung dengan spekulasi Tengku Zafrul bakal bertanding di Kuala Selangor, Zambry berkata, perkara itu akan diputuskan kelak.

"Sebarang keputusan berkaitan dengan kedudukan dan calon-calon, ianya akan diputuskan di peringkat tertinggi BN," katanya.

Bagaimana pun, Zambry berkata, pihaknya melihat ia suatu perkara positif.

"Kenapa positif? Kerana kita selama ini sentiasa mengemukakan calon baharu seperti yang dapat disaksikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.

Tentunya dlm konteks Selangor, dengan memaparkan wajah- wajah baharu ia akan memberi impak yang baik dan doakan agar ianya membawa perubahan baik," katanya.

Ura-ura Tengku Zafrul akan bertanding di Kuala Selangor pada awal Jun lalu selepas mengumumkan Parlimen itu sebagai"Daerah Angkat" Kementerian Kewangan.

Kerusi Kuala Selangor kini disandang oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelum ini berkata, beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda Amanah.

Bagaimanapun Dzulkefly yang juga ahli Parlimen dua penggal, berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk bersaing sekiranya UMNO mencalonkan nama besar seperti Tengku Zafrul.