JKKP Selangor siasat punca pekerja maut dilibas bilet besi

Iklan
Seorang pekerja lelaki maut akibat dilibas bilet besi yang diangkat menggunakan kren gerak atas (OTC), pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca serta pihak yang bertanggungjawab berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pekerja lelaki akibat dilibas bilet besi yang diangkat menggunakan kren gerak atas (OTC), pada Jumaat lepas.

JKKP Selangor dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, kemalangan yang melibatkan pekerja tempatan berusia 51 tahun itu berlaku pada kira-kira jam 10 pagi di sebuah kilang pembuatan logam yang terletak di Jalan Waja Bukit Raja Industrial Estate, Klang.

Iklan
Iklan

Jabatan itu memaklumkan, sepasukan pegawai penyiasat diarah menjalankan siasatan sejurus menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.

"Daripada siasatan awal yang dijalankan, didapati bahawa mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan ‘tundish’ yang terletak di laluan OTC di bahagian sekerap.

Iklan

Jabatan itu memaklumkan ketika ditemui, mangsa dalam keadaan cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Susulan itu, JKKP Selangor mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian kepada pihak majikan dan Notis Larangan Serta-Merta juga dikeluarkan bagi menghentikan kerja-kerja mengangkat menggunakan OTC, selain Notis Pembaikan untuk mengadakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja penyenggaraan jentera.

Iklan

"JKKP Selangor akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati berlaku pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” menurut kenyataan itu. - Bernama