Angkat berat: Tiada tambahan pingat

Iklan
Mohamad Nasir gagal mengangkat bebanan 140kg pada angkatan kedua dan ketiga bagi acara angkat berat kategori 81kg pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan NEC pada Isnin. - Foto Bernama

TIADA tambahan pingat daripada acara angkat berat pada temasya Sukan Komanwel Birmingham pada Isnin, apabila atlet angkat berat negara, Mohamad Nasir Roslan menamatkan kategori 81 kilogram (kg) pada Isnin pada kedudukan keempat di Pusat Pameran Nasional (NEC) Birmingham di sini pada Isnin.

Bagi kedua-dua acara 'snatch' dan 'clean and jerk', Mohamad Nasir mencatatkan angkatan 300kg melibatkan 135kg bagi acara snatch dan 165kg bagi acara clean and jerk.

Iklan
Iklan

Sekali gus menyaksikan atlet berusia 25 tahun itu menamatkan saingan pada kedudukan ketujuh daripada 12 peserta bertanding.

Situasi berkenaan sekali gus menyaksikan tiada tambahan pingat dilakukan setelah seorang lagi atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat meraih perak pada sebelah pagi bagi acara 73kg.

Iklan
Iklan

Anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon itu terpaksa berpuas hati dengan angkatan keseluruhan 303kg melibatkan 138kg bagi 'snatch' dan 165kg bagi 'clean and jerk'.