HASRAT Mohamad Nasir Roslan untuk mengikut rentak kejayaan rakan sepasukan tidak kesampaian apabila menduduki tempat ketujuh dalam acara angkat berat Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini pada Isnin.
Bersaing di Pusat Pameran Nasional (NEC) Birmingham, badang negara itu yang membuat penampilan sulung pada temasya sukan tersebut hanya berjaya mengangkat bebanan keseluruhan 300 kilogram (kg).
Atlet berusia 24 tahun itu membuat angkatan snatch seberat 135kg dan 165kg bagi clean & jerk dalam acara yang dimenangi wakil tuan rumah, Christopher Murray.
Peserta England itu merekodkan angkatan keseluruhan 325kg, yang juga rekod baharu temasya, dengan angkatan snatch 144kg dan 181kg clean & jerk, mengetepikan cabaran sengit Kyle Bruce dari Australia yang mencatat 323kg (snatch 143kg, clean & jerk 180kg).
Atlet Kanada Nicolas Vachon yang melakukan angkatan bebanan keseluruhan 320kg (snatch 140kg, clean & jerk 180kg) meraih pingat gangsa.
Setakat ini, skuad angkat berat negara memenangi dua pingat emas dan satu perak.
Ketika ditemui pemberita, Mohamad Nasir berkata, walaupun berpuas hati dengan prestasinya, beliau percaya mampu membuat angkatan lebih baik berbanding ketika Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lepas apabila menduduki tempat keempat.
"Sebelum datang ke sini, saya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan dan masih terasa sakit ketika membuat angkatan. Jika tidak, saya percaya mampu membuat angkatan lebih baik berbanding di Hanoi,” katanya.
Mohamad Nasir berkata, sebelum ini, beliau menetapkan sasaran peribadi melakukan angkatan 140kg bagi snatch dan 170kg untuk clean & jerk. - Bernama