JDT belasah KL City di Stadium Sultan Ibrahim

Iklan
Bergson (kanan) melakukan percubaan ketika menentang KL City, pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin. - Foto Bernama

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuhkan cengkaman persada liga dengan 35 mata selepas membelasah Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 5-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, pada Isnin.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio yang mengantikan Benjamin Mora menjarakkan mata dengan pencabar terdekat, Sabah FC di tangga kedua (31 mata).

Iklan
Iklan

Gol Harimau Selatan dalam perlawanan itu dijaringkan Bergson Da Silva dengan gol minit ketujuh dan 25', Leandro Velazquez (54'), Fernando Forestieri (71') dan Safawi Rasid (84').

Sementara itu, dua jaringan Steven Rodriguez pada minit ke-32' dan 67' memastikan Sri Pahang FC meraih tiga mata penuh apabila menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Iklan

Kemenangan itu membolehkan Sri Pahang menduduki tangga kesembilan liga dengan mengumpul 14 mata setelah mengharungi 13 perlawanan.

Aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pula menyaksikan Terengganu FC sekadar berkongsi satu mata setelah terikat tanpa jaringan 0-0 ketika melayan kunjungan Petaling Jaya (PJ) City.

Iklan