SYDNEY - Satu serpihan besar roket SpaceX milik lelaki paling kaya di dunia, Elon Musk tertusuk ke dalam tanah milik seorang petani di Snowy Mountains di negeri New South Wales, Australia baru-baru ini.
Objek berukuran tiga meter itu ditemui di selatan Jindabyne, selepas seorang petani, Mick Miners melakukan siasatan selepas dentuman kuat yang didengari oleh anak perempuannya.