Doktor sifatkan bedah kembar siam Brazil paling mencabar

Iklan
Kembar Siam, Arthur dan Bernardo Lima dengan kepada dan otak bercantum sebelum dibedah di (IECPN), Rio de Janeiro, baru-baru ini. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO - Seorang doktor pada Isnin menyifatkan pembedahan bagi memisahkan kembar siam Brazil yang bercantum di bahagian kepala dan otak sebagai pembedahan paling kompleks.

Pasukan pembedahan itu juga menggunakan teknologi realiti maya semasa melakukan pembedahan tersebut.

Iklan
Iklan

Pasangan kembar itu, Arthur dan Bernardo Lima dilahirkan pada tahun 2018 di negeri Roraima di utara Brazil yang mana adik-beradik itu bercantum di tengkorak.

Mereka bercantum di bahagian atas kepala selama hampir empat tahun dan kini dapat memandang muka antara satu sama lain buat kali pertama selepas sembilan siri operasi melibatkan pembedahan maraton selama 23 jam untuk memisahkan mereka.

Iklan

Badan amal perubatan Gemini Untwined berpangkalan di London yang membantu menjalankan prosedur itu, menyifatkan ia sebagai perpisahan paling mencabar dan kompleks setakat ini memandangkan budak lelaki itu berkongsi beberapa saraf penting.

"Ia adalah pembedahan yang paling sukar, kompleks dan mencabar dalam kerjaya saya," kata seorang pakar bedah saraf, Gabriel Mufarrej dari Institut Otak Negeri Paulo Niemeyer (IECPN) di Rio de Janeiro.

Iklan

Tambahnya seperti dilaporkan AFP, menyelamatkan mereka adalah satu pencapaian bersejarah.

Anggota pasukan perubatan, termasuk hampir 100 kakitangan melakukan peringkat akhir pembedahan rumit pada 7 dan 9 Jun lalu dengan bantuan teknologi realiti maya. - Agensi