Sultan Kelantan isytihar Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan

Iklan
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad membacakan doa selepas pengisytiharan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan di Istana Balai Besar pada Selasa.

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pada Selasa berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan dengan gelaran sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Pengistiyharan diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Iklan
Iklan

"Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim telah mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan," katanya ketika membacakan pengisytiharan berkenaan di Istana Balai Besar di sini.

Pengisytiharan berkenaan untuk pengetahuan orang ramai mengikut kuasa-kuasa menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Iklan

Pada pengisytiharan sama, baginda turut berkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada isteri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra iaitu Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dengan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan.

Kesemua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.

Iklan