Balogun perlu tinggalkan Arsenal

Iklan
Balogun - Foto PA

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta percaya pemain muda Folarin Balogun perlu meninggalkan kelab berkenaan secara pinjaman dalam usaha menjadi pemain yang lebih baik selepas ini.

Menurut Arteta, Balogun merupakan salah seorang pemain yang berada dalam perancangan jangka panjangnya bersama Arsenal.

Iklan
Iklan

"Saya percaya, hanya dengan ‘berkelana’ ke pasukan-pasukan lain bakal mematangkan Balogun dalam segala segi.

"Selain itu, dengan menyertai pasukan lain (secara pinjaman) akan dapat membantu menjadikannya sebagai salah seorang pemain terbaik suatu hari nanti.

Iklan

"Perkara itu secara tidak langsung akan membantu Arsenal serta skuad kebangsaan Perancis pada masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, Balogun dikatakan bakal menyertai kelab Perancis, Reims secara pinjaman pada musim panas nanti.

Iklan

Pada musim lalu, Balogun telah dipinjamkan ke kelab liga kejuaraan, Middlesbrough dan menjaringkan tiga gol dalam 20 penampilan.

Sementara itu, Arteta yakin Balogun akan kembali ke Emirates sebagai seorang pemain berkaliber dan mampu menghasilkan kejayaan buat The Gunners.

"Saya tahu bahawa proses pinjaman ini akan menjadikan Balogun seorang pemain baik sekali gus berita gembira buat kami di Emirates.

"Semoga suatu hari nanti, kepulangan Balogun bakal membantu memantapkan lagi pasukan ini sebagai salah satu pasukan digeruni dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.