BEIJING - CHINA. Seorang lelaki kasanova di China diberkas selepas dia didakwa menjalinkan hubungan cinta secara rahsia dengan 19 wanita dan mengikis wang mereka pada masa yang sama.
Polis di Zhengzhou, wilayah Henan melancarkan siasatan selepas menerima aduan beberapa wanita yang mendakwa mereka ditipu lelaki yang menyamar sebagai 'anak orang kaya' di internet.