Bendera Malaysia

Iklan


Jalur Gemilang berkibar menghiasi pemandangan di sekitar jalan raya utama di pusat bandar Labuan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.

Menjelang sambutan ulangtahun kemerdekaan negara ke-65 pada 31 Ogos ini, keluarga Malaysia diseru memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaaan, kediaman dan premis masing-masing bagi menyemarakkan semangat patriotisme.