Myanmar ikrar akan laksana konsensus lima perkara tahun ini

Iklan
Min Aung Hlaing Foto AFP

Iklan
Iklan

HANOI - Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing berikrar tahun ini beliau akan melaksanakan beberapa perkara dalam Konsensus Lima Perkara (5PC) yang dipersetujui dengan ASEAN untuk menamatkan krisis di negara itu.

Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen tempatan pada Isnin, beliau berkata, tahun ini, memandangkan semua situasi sedang menunjukkan perkembangan dan perkara yang paling mungkin akan dilaksanakan di bawah kerangka kerja ASEAN adalah 5PC.

Iklan

Myanmar tidak dapat melaksanakan 5PC tahun lepas kerana keadaan"negara yang kurang stabil” sebahagiannya akibat Covid-19, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

5PC untuk menangani krisis Myanmar telah dipersetujui pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN di Jakarta pada April 2021.

Iklan

Ia menyeru penamatan segera keganasan, mengadakan dialog dengan semua pihak berkepentingan utama, pelantikan utusan khas untuk memudahkan pengantaraan dan bagi delegasi melawat dan bertemu dengan pihak berkepentingan di Myanmar, dan membenarkan ASEAN memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Myanmar. - Bernama